Sunday 31 December 2017

Buasir Dalam Bahaya

Buasir Dalam Bahaya | Buasir dalam? anda tahu tak apa itu buasir dalam?? Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.



cara cegah-

- banyak minum air
-jaga permakanan dengan baik
-senaman perlu setiap minggu.

dan banyak lagi. 

jagalah kesihatan anda.

Sebab dan Risiko Buasir

Sebab dan Risiko Buasir | Nak tahu tak kenapa dan punca buasir terjadi?? bila sudah terkena buasir sebab dan risikonya akan aku kongsikan. Mesti ada sebab munasabah kenapa buasir boleh terjadikan? anda saja jer tak perasan sebab apa.



Sebab Buasir -

  • Meneran dengan kuat (ketika membuang najis keras atau sembelit) - Faktor utama (Tekanan pada otot - otot disekeliling pangkal hujung dubur - Internal and external anal sphincter)
  • Sentiasa duduk @ Jarang melakukan senaman " Kegel Exercise"
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk @ Kuat dan kerap berlaku
  • Cirit-birit yang teruk, kerap dan berpanjangan
  • Mengangkat berat secara berlebihan dan berpanjangan (Posisi mengangkang)
  • Kurang mengambil sayuran - sayuran dan buah - buahan di dalam pemakanan seharian sebagai pelawas
  • Kurang meminum air di dalam seharian
  • Kuat merokok (Lebih 3 batang rokok sehari)
  • Bersalin normal yang tidak teratur
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual - Kes jarang berlaku

Risijko-risiko Buasir

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
  1. Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.
  2. Bekerja atau melakukan aktiviti - aktiviti berat (Kerja buruh)
  3. Kurang menjaga pemakanan seimbang
  4. Jarang melakukan exercise "Kegel Exercise"
  5. Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
  6. Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan
  7. Mengandung

ini sajalagh aku nak kongsi,jadi jagalah permakanan dan gaya hidup sihat.

Apa itu Buasir

Apa Itu Buasir?? Buasir adalah sejenis penyakit dekat bahagian dubur kita. Buasir ni sakit tau, salah jaga permakanan, tak jaga kesihatan memang harapan nak terkene buasir ni memang peratusannya tinggi. Buasir memang menyakitkan,nak duduk memang sakitlah bab ang.. tak terkata sakitnya buasir ni.



Apa itu buasir?? Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


Buasir dalaman[sunting | sunting sumber]

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir luaran[sunting | sunting sumber]

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Buasir ni pendek kata memang sakitlah. Tak payah nak cakap tak sakit memang penipulah.