Sunday 29 July 2018

Buasir Tahap 4 Tahap Kritikal

Buasir Tahap 4 Tahap Kritikal | BUASIR merupakan masalah biasa masyarakat moden kini. Dikatakan separuh daripada jumlah populasi berhadapan dengan masalah ini.
Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali membuang air besar.

Ia akan menutup dubur secara menyeluruh dengan lembut bagi mengelakkan kebocoran najis ataupun cecair.
Ia merupakan komponen normal dalam anatomi manusia.
Masalah timbul apabila berlaku pembengkakan pada kusyen vaskular akibat tekanan atau stres yang diberikan pada rektum berikutan aktiviti meneran.
Keadaan ini akan mengakibatkan pesakit berasa kurang selesa.
Faktor yang menyebabkan buasir atau hemoroid membengkak masih tidak jelas dan berbeza mengikut pesakit.
Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa ia berpunca daripada peneranan melampau ketika membuang air besar, pemakanan yang tidak sihat, kurang bersenam, faktor usia yang melemahkan tisu dan semasa mengandung ekoran perubahan hormon.
Sakit
Simptom utama penghidap buasir adalah pendarahan pada hujung proses membuang air besar yang boleh dilihat pada najis, kadangkala menitik dan juga ketika mencuci.
Selain itu, pesakit akan merasakan terdapat lebihan isi atau kulit yang tersembul di luar lubang dubur yang mendatangkan rasa kurang selesa, gatal dan sakit. Tetapi tidak semua pesakit buasir akan berasa sakit.
Menurut Pakar Bedah Kolorektal, Pusat Perubatan Prince Court, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul, ramai pesakit yang tidak mengendahkan untuk mendapat rawatan.
�Apa yang membimbangkan adalah simptom buasir menyamai simptom kanser kolorektal atau gabungan kolon dan rektum iaitu pendarahan.
�Namun, pendarahan bagi pesakit kanser kebiasaannya keluar bersama najis dan kadangkala diselangi dengan lendir,� katanya.
Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai masalah pendarahan ketika membuang air besar, seelok-eloknya berjumpa doktor bagi menentukan masalah sebenar.
Apabila pesakit sudah mendapat diagnosis buasir, doktor akan memberi nasihat supaya menukar diet dan juga gaya hidup seperti tidak terlalu meneran semasa membuang air besar, mengurangkan pengambilan daging merah, memperbanyakkan pengambilan serat dan buah-buahan serta minum banyak air.
Bagaimanapun, menurut Yunus, gaya hidup masyarakat kini seperti pelajar di asrama dan suami isteri yang bekerja cenderung membeli makanan di luar.
�Pengambilan makanan segera ataupun makanan yang telah diproses juga boleh mendatangkan kemudaratan.
�Seeloknya pastikan makanan yang hendak dibeli itu segar dan berkhasiat.
�Mereka yang gemar membaca di dalam bilik air juga boleh mendapat buasir kerana mereka berada dalam kedudukan duduk atau mencangkung yang secara tidak langsung melibatkan peneranan walaupun proses pembuangan najis telah selesai.
�Ia secara tidak langsung memberikan tekanan pada rektum menyebabkan tisu-tisu yang menyokong menjadi lemah,� ujarnya.
Ramai pesakit memilih perubatan tradisional bagi mengubati buasir ekoran malu berjumpa doktor dan takut menjalani pembedahan.
Ramai yang lebih suka untuk bertanya kepada rakan-rakan, ahli farmasi ataupun pengamal perubatan tradisional mengenai ubat-ubatan yang sesuai berbanding mendapat rundingan doktor.
Alternatif
Yunus memberitahu, tiada salahnya bagi pesakit untuk mencuba perubatan tradisional seperti pengambilan herba asalkan mereka tahu penyakit mereka berada di tahap mana.
�Jika buasir berada di tahap satu atau dua, tiada salahnya mereka mencuba perubatan alternatif kerana tahap ini boleh diubati dengan pengambilan ubat sahaja.


�Namun, jika sudah kritikal, mereka tiada pilihan kecuali melakukan pembedahan membuang buasir tersebut,� katanya.
Mungkin ramai yang memilih perubatan alternatif kerana takut menjalani pembedahan yang dikatakan amat menyakitkan.
Bagaimanapun, teknologi baru membolehkan pembedahan dilakukan tanpa kesakitan melampau dan pulih dalam masa yang sangat singkat.
Ini termasuk ligasi pita getah menggunakan satu atau dua pita getah yang kecil yang akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedaran darah.
Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tertanggal sendiri tanpa rasa sakit.
Kaedah Ligasi Arteri Buasir (HAL) pula menggunakan alat ultrabunyi Doppler yang dimasukkan ke dalam anus untuk mengenal pasti lokasi sebenar arteri yang membekalkan darah.
Oleh kerana jahitan tidak dilakukan di dalam anus sebaliknya di hujung rektum, ia mengurangkan kesakitan.
Manakala Longo atau Procedure for Prolapse and Haemorrhoids (PPH) merupakan antara kaedah terbaru yang menggunakan sejenis alat seperti stapler.
Prosedur ini mengambil masa hanya 20 minit dan tiada luka yang perlu dirawat selepas prosedur dijalankan.

Sunday 31 December 2017

Buasir Dalam Bahaya

Buasir Dalam Bahaya | Buasir dalam? anda tahu tak apa itu buasir dalam?? Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.



cara cegah-

- banyak minum air
-jaga permakanan dengan baik
-senaman perlu setiap minggu.

dan banyak lagi. 

jagalah kesihatan anda.

Sebab dan Risiko Buasir

Sebab dan Risiko Buasir | Nak tahu tak kenapa dan punca buasir terjadi?? bila sudah terkena buasir sebab dan risikonya akan aku kongsikan. Mesti ada sebab munasabah kenapa buasir boleh terjadikan? anda saja jer tak perasan sebab apa.



Sebab Buasir -

  • Meneran dengan kuat (ketika membuang najis keras atau sembelit) - Faktor utama (Tekanan pada otot - otot disekeliling pangkal hujung dubur - Internal and external anal sphincter)
  • Sentiasa duduk @ Jarang melakukan senaman " Kegel Exercise"
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk @ Kuat dan kerap berlaku
  • Cirit-birit yang teruk, kerap dan berpanjangan
  • Mengangkat berat secara berlebihan dan berpanjangan (Posisi mengangkang)
  • Kurang mengambil sayuran - sayuran dan buah - buahan di dalam pemakanan seharian sebagai pelawas
  • Kurang meminum air di dalam seharian
  • Kuat merokok (Lebih 3 batang rokok sehari)
  • Bersalin normal yang tidak teratur
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual - Kes jarang berlaku

Risijko-risiko Buasir

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
  1. Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.
  2. Bekerja atau melakukan aktiviti - aktiviti berat (Kerja buruh)
  3. Kurang menjaga pemakanan seimbang
  4. Jarang melakukan exercise "Kegel Exercise"
  5. Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
  6. Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan
  7. Mengandung

ini sajalagh aku nak kongsi,jadi jagalah permakanan dan gaya hidup sihat.

Apa itu Buasir

Apa Itu Buasir?? Buasir adalah sejenis penyakit dekat bahagian dubur kita. Buasir ni sakit tau, salah jaga permakanan, tak jaga kesihatan memang harapan nak terkene buasir ni memang peratusannya tinggi. Buasir memang menyakitkan,nak duduk memang sakitlah bab ang.. tak terkata sakitnya buasir ni.



Apa itu buasir?? Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


Buasir dalaman[sunting | sunting sumber]

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir luaran[sunting | sunting sumber]

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Buasir ni pendek kata memang sakitlah. Tak payah nak cakap tak sakit memang penipulah.